Skip to content

NOTIS PRIVASI BAGI APP

1. PENGENALAN

1.1 Notis Privasi ini menerangkan bagaimana WSA mengumpul dan memproses data peribadi anda apabila anda menggunakan app ini (selepas ini “App”).
1.2 WSA akan difahami sebagai WS Audiology Denmark A/S, yang ditubuhkan di Denmark (selepas ini “WSA”, “kami (subjek)”, “kami (objek)”, “kami (milik)”) and kami dikenali sebagai pengawal data bagi pemprosesan data peribadi anda apabila anda menggunakan App ini.
1.3 WSA merupakan sebagian daripada organisasi global, dan jika anda bersetuju dengan pemprosesan kami terhadap data peribadi anda untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan, sila ambil perhatian bahawa kami akan memproses data peribadi anda bersama dengan sesetengah syarikat kumpulan kami. Di segi undang-undang, kami kononnya dikenali sebagai pengawal data bersama. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang bagaimana kami memproses bersama data peribadi anda di Seksyen 5.
1.4 Anda boleh mendapati maklumat perhubungan semua pengawal data di Seksyen 2.1 dan bagaimana kami telah berkongsi tanggungjawab di kalangan kami di Seksyen 2.2.
1.5 Sila ambil perhatian bahawa bukan semua ciri-ciri yang diperihalkan di bawah adalah tersedia di semua negara dan oleh itu mereka mungkin tidak tersedia kepada anda.
1.6 Data peribadi anda akan diproses mengikut Notis Privasi ini dan undang-undang terpakai. WS Audiology Denmark A/S ditubuhkan di dalam EU dan disebabkan itu Peraturan Perlindungan Data Umum (EU) 2016/679 yang bertarikh 27 April 2016 mengenai perlindungan orang yang semula jadi yang berkenaan dengan pemprosesan data peribadi dan mengenai pergerakan bebas data tersebut (selepas ini “GDPR”) terpakai bagi pemprosesan kami sebagai tambahan kepada apa-apa peraturan privasi tempatan yang terpakai. ‘Data peribadi’ bermaksud apa-apa maklumat yang berhubungan dengan orang yang semula jadi yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti.

2. TANGGUNGJAWAB

2.1 WS Audiology Denmark A/S bertanggungjawab untuk pemprosesan data peribadi anda apabila anda menggunakan App ini, lihat lebih lanjut di Seksyen 4. Maklumat perhubungan bagi WS Audiology Denmark A/S adalah:
WS Audiology Denmark A/S
Nombor pendaftaran 15771100
Nymøllevej 6,
3540 Lynge
Denmark
Telefon +45 44 35 56 00
E-mel: privacy@wsa.com
Jika anda bersetuju dan membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan penyelidikan & pembangunan, WS Audiology Denmark A/S bertanggungjawab bersama untuk pemprosesan tersebut bersama dengan dua syarikat kumpulan kami, Sivantos GmbH dan Sivantos Pte. Ltd. Maklumat perhubungan Sivantos GmbH dan Sivantos Pte. Ltd. adalah:
Sivantos GmbH,
Nombor pendaftaran DE30144051,
Henri-Dunant-Straße 100,
91058 Erlangen, Germany
Nombor telefon: +49 91313080
E-mel: privacy@wsa.com
Sivantos Pte. Ltd.,
Nombor pendaftaran 198600657G,
18 Tai Seng Street, #08-08,
Singapore 539775
Nombor telefon: +65 6370 9666
E-mel: privacy@wsa.com
2.2 WS Audiology Denmark A/S, Sivantos GmbH dan Sivantos Pte. Ltd. telah membuat perjanjian yang mentadbir tanggungjawab kami masing-masing di bawah Artikel 26 GDPR.
Ringkasnya, kami telah bersetuju bahawa WS Audiology Denmark A/S bertanggungjawab utama untuk memastikan asas undang-undang bagi pemprosesan kami dan bahawa anda dimaklumkan tentang pemprosesan kami dan hak anda. Selanjutnya, WS Audiology Denmark A/S bertanggungjawab untuk memberikan maklum balas kepada apa-apa permintaan yang anda mungkin ada dan berkenaan dengan perlindungan dan pemadaman atau penganoniman data peribadi anda apabila diperlukan.
Walau apa pun yang disebut di atas, anda boleh menegaskan hak anda dengan dan terhadap mana-mana pengawal data tersebut.

3. PEGAWAI PERLINDUNGAN DATA

3.1 Anda juga boleh sentiasa terus menghubungi pegawai perlindungan data kami (“DPO”), yang merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menjawab pertanyaan tentang perlindungan data peribadi dan perjalanan hak anda di bawah undang-undang terpakai. Sila guna alamat emel berikut: dpo@wsa.com

4. DATA YANG DIPROSES APABILA ANDA MENGGUNAKAN APP DAN CIRI-CIRINYA

DATA YANG KAMI DIKEHENDAKI UNTUK MENGUMPUL
4.1 Sebagai pengilang peranti perubatan kami diwajibkan untuk memenuhi keperluan peraturan. Untuk memastikan dan mendokumenkan bahawa App dan alat bantu dengar anda mematuhi kaedah-kaedah & standard semasa mengenai mutu, keselamatan dan prestasi kami mengumpul data peribadi tertentu tentang anda. Kategori data peribadi yang kami kumpulkan adalah:
4.1.1 Data tentang peranti mudah alih anda, termasuk jenis telefon anda dan negara peranti tersebut digunakan.
4.1.2 Data tentang App anda dan penggunaan App tersebut, termasuk jenama App anda dan bagaimana App tersebut anda gunakan (halaman mana yang anda melihat, ciri-ciri mana dan bagaimana anda menggunakannya).
4.1.3 Data tentang alat bantu dengar dan penggunaan anda, termasuk nombor siri dan model anda dan bagaimana anda menggunakan alat bantu dengar anda (waktu memakai).
4.1.4 ID, cap masa dan data teknikal seperti log dan log ranap dari App dan alat bantu dengar, termasuk cap masa yang mewujudkan bila konfigurasi pada alat bantu dengar anda diubahkan kali terakhir oleh Profesional Perawatan Pendengaran anda.
4.1.5 Undang-undang asas bagi pemprosesan kami adalah keperluan undang-undang (artikel 6(1)(c) dan 9(2)(i) dalam GDPR).
DATA YANG DIPROSES JIKA ANDA MENGGUNAKAN CIRI TELECARE
4.2 Tertakluk kepada jenis alat bantu dengar anda dan negara mana yang anda berada, Profesional Perawatan Pendengarana anda mungkin menawarkan perkhidmatan jauh Telecare kepada anda.
Dengan persetujuan anda, dan untuk tujuan membolehkan anda menggunakan Telecare dan Profesional Perawatan Pendengaran anda untuk memberikan perkhidmatan jauh, kami akan menghantar kategori data berikut antara anda dan Profesional Perawatan Pendengaran anda:
4.2.1 Mesej chat dan apa-apa streaming video dan audio antara anda dan Profesional Perawatan Pendengaran anda.
4.2.2 Apa-apa penilaian kepuasan dan pelajaran yang anda berikan kepada Profesional Perawatan Pendengaran anda. Anda boleh mengemukakan penilaian anda terhadap alat bantu dengar anda dan penilaian bagi pelajaran pendengaran yang anda ada akses dalam Telecare.
Jika Profesional Perawatan Pendengaran anda, dalam sesi jauh, membuat perubahan kepada konfigurasi pada alat bantu dengar anda, kami akan menghantar sebahagian atau semua data yang berikut:
4.2.3 Permintaan yang timbul dalam App memerlukan anda untuk meluluskan bahawa sambungan audio/video boleh ditubuhkan dan bahawa sesi jauh boleh dilakukan.
4.2.4 Data tentang anda dan kehilangan pendengaran anda, termasuk audiogram anda, jantina anda dan umur anda.
4.2.5 Data tentang alat bantu dengar anda, termasuk model dan nombor siri.
4.2.6 Data tentang penggunaan anda terhadap alat bantu dengar anda, termasuk berapa banyak masa telah anda gunakan alat bantu dengar anda, dan berapa banyak masa telah anda habiskan dalam persekitaran bunyi yang berbeza.
4.2.7 Data tentang konfigurasi alat bantu dengar anda, termasuk perubahan kepada konfigurasi anda.
4.2.8 Data peribadi anda akan dikaitkan dengan Telecare ID yang unik.
4.2.9 Asas undang-undang bagi pemprosesan kami adalah persetujuan anda (artikel 6(1)(a) dan 9(2)(a) dalam GDPR).
Anda harus terus menghubungi Profesional Perawatan Pendengaran anda jika anda mempumyai sebarang pertanyaan tentang bagaimana data peribadi anda digunakan oleh Profesional Perawatan Pendengaran. Persetujuan dalam App adalah untuk menghantar data anda antara anda dan Profesional Perawatan Pendengaran anda sahaja. Penggunaan data sebenar oleh Profesional Perawatan Pendengaran anda tidak dirangkumi oleh persetujuan atau Notis Privasi ini.
DATA YANG DIPROSES JIKA ANDA MENGGUNAKAN CIRI PEMBANTU SIGNIA/BANTUAN REXTON
4.3 Tertakluk kepada jenis alat bantu dengar anda dan negara anda berada, Pembantu Signia atau Bantuan Rexton (selepas ini “Pembantu Digital” dalam Seksyen ini) mungkin tersedia dalam Aplikasi anda.
Pembantu Digital menawarkan anda peluang untuk mengoptimumkan pengalaman pendengaran anda selanjutnya dengan mencadangkan pelarasan bunyi kecil kepada konfigurasi pada alat bantu dengar anda. Selanjutnya, ia juga dapat memberi sokongan apabila anda mempunyai pertanyaan mengenai cara mengendalikan alat bantu dengar anda.
Dengan persetujuan anda, kami akan memproses kategori data berikut untuk tujuan membolehkan anda menggunakan Pembantu Digital:
4.3.1 Apabila anda mengaktifkan dan menggunakan ciri Pembantu Digital dalam Aplikasi, dan pilihan yang anda buat dalam dialog dengan Pembantu Digital.
Jika anda membuat pelarasan kepada konfigurasi alat bantu dengar anda, kami akan memproses lebih lanjut:
4.3.2 Data mengenai kehilangan pendengaran anda, termasuk audiogram anda, jantina anda dan umur anda.
4.3.3 Data tentang alat bantu dengar anda, termasuk nombor siri dan model.
4.3.4 Data tentang penggunaan alat bantu dengar anda, termasuk berapa banyak masa telah anda gunakan alat bantu dengar anda, dan berapa banyak masa telah anda habiskan dalam persekitaran bunyi yang berbeza.
4.3.5 Data tentang konfigurasi alat bantu dengar anda, termasuk apa-apa pelarasan yang anda buat kepada konfigurasi tersebut.
4.3.6 Data peribadi anda akan dikaitkan dengan IDPembantuDigital yang unik.
Untuk memastikan Profesional Perawatan Pendengaran anda dikemas kini terhadap pelarasan yang anda buat kepada konfigurasi pada alat bantu dengar anda, kami sentiasa menyediakan dan berkongsi (jika boleh) data berikut dengan Profesional Perawatan Pendengaran anda:
4.3.7 Apa-apa perubahan kepada konfigurasi yang anda terapkan dalam alat bantu dengar anda dan masalah awal yang anda perihalkan melalui pilihan yang anda buat dalam Pembantu Digital.
4.3.8 Asas undang-undang bagi pemprosesan dan perkongsian kami adalah persetujuan anda (artikel 6(1)(a) dan 9(2)(a) dalam GDPR).
Anda harus menghubungi Profesional Perawatan Pendengaran anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang bagaimana data, yang kami sediakan dan kongsikan, digunakan oleh Profesional Perawatan Pendengaran anda. Persetujuan dalam Aplikasi merangkumi penggunaan anda terhadap Pembantu Digital dan pemaparan dan perkongsian mandatori bagi data yang disebutkan di atas kepada Profesional Perawatan Pendengaran anda. Penggunaan data ini oleh Profesional Perawatan Pendengaran anda adalah tidak dirangkumi oleh persetujuan ini.

5. DATA YANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

5.1 Jika dibenarkan di negara anda dan hanya dengan persetujuan anda, kami akan mengumpul dan menggunakan data anda untuk tujuan penyelidikan & pembangunan supaya kami boleh menghasilkan solusi pendengaran yang lebih baik pada masa hadapan.
Dalam hal ini kita akan mengumpul dan menggunakan kategori data peribadi berikut:
5.1.1 Data tentang anda dan kehilangan pendengaran anda, termasuk audiogram anda yang mewakili kehilangan pendengaran anda, jantina dan umur anda.
5.1.2 Data tentang alat bantu dengar anda, termasuk nombor siri dan model, serta data tentang konfigurasi alat bantu dengar anda, termasuk apa-apa perubahan kepada konfigurasi tersebut.
5.1.3 Data tentang penggunaan alat bantu dengar anda, termasuk berapa banyak masa anda gunakan alat bantu dengar anda (waktu pemakaian), berapa banyak masa telah anda habiskan bercakap dan berapa banyak masa telah anda habiskan dalam persekitaran bunyi yang berbeza, contohnya persekitaran yang sunyi atau bising (dengan atau tanpa orang bercakap).
5.1.4 Data tentang berapa banyak langkah anda ambil dan sebagaimana anda aktif. Langkah dan level keaktifan dilog oleh sensor pada alat bantu dengar anda.
5.1.5 Data tentang App anda, termasuk jenama dan versi App.
5.1.6 Data tentang penggunaan App anda, termasuk apabila anda mengaktifkan dan menggunakan App, halaman mana dalam App yang telah anda lihat, dan ciri-ciri mana dan bagaimana anda menggunakannya.
5.1.7 Data tentang alat mudah alih anda, termasuk model dan bahasa alat mudah alih anda dan negara ia digunakan.
5.1.8 Kami menggunakan ID untuk mengaitkan data tentang anda kerana kami tidak berminat dengan nama atau identiti anda. Semua data peribadi anda yang dikumpulkan untuk tujuan penyelidikan & pembangunan akan dikaitkan dengan IDKlien unik yang sama, lihat juga Seksyen 5.2.5 dan 5.3.3.
5.1.9 Asas undang-undang untuk mengumpul dan menggunakan data peribadi anda adalah persetujuan anda (artikel 6(1)(a) dan 9(2)(a) dalam GDPR).
Jika anda secara spesifik telah bersetuju kepada penggunaan kami terhadap data anda dari Telecara dan/atau Pembantu Signia/Bantuan Rexton untuk tujuan penyelidikan & pembangunan, kami merujuk kepada Seksyen 5.2-5.3 di bawah, di mana anda boleh membaca lebih lanjut tentang bagaimana kami memproses data anda yang dikumpulkan dari ciri-ciri tersebut.
DATA YANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN – TELECARE
5.2 Jika dibenarkan di negara anda dan hanya dengan persetujuan anda, kami akan mengumpul dan menggunakan data tentang penggunaan Telecara anda untuk tujuan  penyelidikan & pembangunan supaya kami boleh menghasilkan solusi pendengaran yang lebih baik pada masa hadapan.
Dalam hal ini kami akan mengumpul dan menggunakan kategori data peribadi berikut:
5.2.1 Kepanjangan, tetapi bukan kandungan, mesej chat antara anda dan Profesional Perawatan Pendengaran anda.
5.2.2 Apa-apa penilaian kepuasan dan pelajaran serta maklum balas yang anda berikan kepada Profesional Perawatan Pendengaran anda.
5.2.3 Apa-apa permintaan yang timbul dalam App yang memerlukan anda meluluskan bahawa sambungan audio/video boleh ditubuhkan dan sesi jauh boleh dilakukan.
5.2.4 Data tentang konfigurasi pada alat bantu dengar anda, termasuk apa-apa perubahan kepada konfigurasi anda.
5.2.5 Kami menggunakan ID untuk mengaitkan data tentang anda kerana kami tidak berminat dengan nama atau identiti anda. Semua data peribadi anda yang dikumpulkan untuk tujuan penyelidikan & pembangunan akan dikaitkan dengan IDKlien unik yang sama, lihat juga Seksyen 5.1.8 dan 5.3.3.
5.2.6 Asas undang-undang untuk mengumpul dan menggunakan data peribadi anda adalah persetujuan anda (arktikel 6(1)(a) dan 9(2)(a) dalam GDPR).
DATA YANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN – PEMBANTU SIGNIA/BANTUAN REXTON
5.3 Jika dibenarkan di negara anda dan hanya dengan persetujuan anda, kami akan mengumpul dan menggunakan data tentang penggunaan anda terhadap Pembantu Signia/Bantuan Rexton (selepas ini “Pembantu Digital” di Seksyen ini) untuk tujuan penyelidikan & pembangunan supaya kami boleh menghasilkan solusi pendengaran yang lebih baik pada masa hadapan.
Dalam hal ini kami akan mengumpul dan menggunakan kategori data peribadi berikut:
5.3.1 Data tentang penggunaan anda terhadap ciri Pembantu Digital dalam Aplikasi, termasuk apabila anda mengaktifkan dan menggunakan Pembantu Digital, dan pilihan yang telah anda buat dalam dialog dengan Pembantu Digital.
5.3.2 Data tentang konfigurasi pada alat bantu dengar anda, termasuk apa-apa pelarasan kepada konfigurasi yang anda terapkan melalui Pembantu Digital.
5.3.3 Kami menggunakan ID untuk mengaitkan data tentang anda kerana kami tidak berminat dengan nama atau identiti anda. Semua data peribadi anda yang dikumpulkan untuk tujuan penyelidikan & pembangunan akan dikaitkan dengan IDKlien unik yang sama, lihat juga Seksyen 5.1.8 dan 5.2.5.
5.3.4 Asas undang-undang untuk mengumpul dan menggunakan data peribadi anda adalah persetujuan anda (arktikel 6(1)(a) dan 9(2)(a) dalam GDPR).

6. DATA YANG DIKONGSI DENGAN KONSULTAN HEAR.COM ANDA – RELEVAN UNTUK PENGGUNA ALAT BANTU DENGAR HORIZON SAHAJA

6.1 Jika anda menggunakan Aplikasi Horizon dan alat bantu dengar (dibeli di Amerika Syarikat), dengan persetujuan anda, kami akan berkongsi sesetengah data peribadi dengan Hear.com untuk membolehkan konsultan Hear.com anda memberikan maklum balas kepada anda dan membantu lebih lanjut dengan mengoptimumkan solusi pendengaran anda. Data peribadi yang kami kongsi adalah:
6.1.1 Berapa banyak masa anda gunakan alat bantu dengar anda (waktu pemakaian), dan nombor siri alat bantu dengar anda.
6.1.2Asas undang-undang untuk mengumpul dan menggunakan data peribadi anda adalah persetujuan anda (arktikel 6(1)(a) dan 9(2)(a) dalam GDPR).
Anda harus menghubungi konsultan Hear.com anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang bagaimana data peribadi anda digunakan oleh konsultan anda. Persetujuan dalam App adalah persetujuan untuk berkongsi data sahaja. Penggunaan data sebenar oleh konsultan Hear.com anda tidak dirangkumi oleh persetujuan ini atau Notis Privasi ini.

7. LOKASI

7.1 Dalam App, anda diminta secara spesifik untuk memberikan akses lokasi untuk memadankan App dengan alat bantu dengar anda. Lokasi yang diaktifkan oleh GPS hanya diproses pada alat mudah alih anda, bukan oleh WSA, dan ia hanya digunakan untuk memadankan alat bantu dengar anda.

8. BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA

8.1 Kami mengumpul data peribadi anda daripada anda, alat mudah alih anda, App, alat bantu dengar anda dan daripada Profesional Perawatan Pendengaran anda. Selanjutnya, untuk tujuan penyelidikan & pembangunan, lihat Seksyen 5.1 secara spesifiknya, kami mengumpul sesetengah data peribadi anda dari perisian yang telah kami bangunkan dan yang Profesional Perawatan Pendengaran anda menggunakan untuk membuat perubahan kepada konfigurasi alat bantu dengar anda. Kami mengumpul data dari perisian ini setiap kali anda mempunyai konsultansi dengan Profesional Perawatan Pendengaran anda.

9. PEMPROSES DATA KAMI

9.1 Kami mengguna pihak ketiga untuk memproses data peribadi. Mereka memproses mengikuti arahan yang ketat daripada kami dan oleh itu, mereka bertindak sebagai pemproses data kami. Kami mengguna pemproses data sebagai pembekal hosting dan berhubungan dengan panggilan audio/video Telecare. Kami telah memasuki perjanjian pemprosesan data yang mematuhi artikel 28 GDPR dengan pemproses data kami untuk memastikan bahawa pemproses data melaksanakan langkah keselamatan organisasi dan teknikal yang sewajarnya dengan sedemikian cara bahawa pemprosesan mematuhi keperluan GDPR dan undang-undang lain yang terpakai dan memastikan perlindungan hak anda.

10. PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANDA KE NEGARA KETIGA

10.1 Sejak WS Audiology Denmark A/S ditubuhkan di dalam EU, data peribadi anda akan diproses di dalam EU. Sebagai tambahan, jika anda bersetuju dengan pengumpulan data kami untuk tujuan penyelidikan & pembangunan, data peribadi anda akan dipindah ke Singapura kerana pengawal data ketiga, Sivantos Pte. Ltd. ditubuhkan di Singapura. Data peribadi anda juga mungkin dipindah kepada pemproses data yang ditubuhkan di luar Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), termasuk Amerika Syarikat. Dari perspektif Kesatuan Eropah (“EU”), sesetengah negara di luar EEA tidak menjamin suatu “tahap perlindungan yang mencukupi” bagi pemprosesan data peribadi mengikut standard EU. Namun begitu, sebelum kami menyampaikan data tersebut, kami sentiasa memastikan bahawa penerima data peribadi anda tetap tertakluk kepada tahap perlindungan yang sebanding dengan apa-apa yang diperlukan di bawah undang-undang negara anda (dan dalam apa jua, selaras dengan komitmen kami dalam Notis Privasi ini). Terutamanya di bawah GDPR, kami memastikan bahawa penerima tersebut sama ada mempunyai tahap perlindungan data yang sewajarnya dan bahawa keperluan artikel 44 GDPR dipatuhi, contohnya disebabkan oleh keputusan kecukupan oleh Suruhanjaya EU bagi negara masing-masing mengikut Artikel 45 GDPR, atau bahawa klausa kontrak standard EU yang kononnya disediakan oleh Suruhanjaya Eropah telah dipersetujui dengan penerima tersebut mengikut artikel 46 GDPR.
Jika anda memerlukan maklumat lebih lanjut tentang pemindahan data di atas, anda boleh memintanya daripada kami – sila hantar permintaan anda kepada kami atau Pegawai Perlindungan Data (DPO) kami, seperti yang ditetapkan di atas di Seksyen 3.

11. PENYIMPANAN DATA

11.1 Kami hanya menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang mana data tersebut diproses, termasuk bagi tujuan untuk memenuhi apa-apa keperluan undang-undang. Di bawah kami telah memerihalkan tempoh penyimpanan tertentu  bagi data peribadi anda.
TELECARE
11.2 Data peribadi yang kami proses yang membolehkan anda untuk menggunakan Telecara, lihat Seksyen 4.2, dihantar antara anda dan Profesional Perawatan Pendengaran anda sahaja. Kami tidak menyimpan mana-mana data peribadi ini.
PEMBANTU SIGNIA/BANTUAN REXTON
11.3 Data peribadi yang kami proses yang membolehkan anda menggunakan Pembantu Signia/Bantuan Rexton, lihat Seksyen 4.3, tidak disimpan, kecuali data yang kami sediakan kepada Profesional Perawatan Pendengaran anda, lihat Seksyen 4.3.7. Kami menyimpan data ini selama 5 tahun dari tarikh pengumpulan untuk menampung penggunaan oleh Profesional Perawatan Pendengaran anda. Selepasnya ia akan dipadam atau dianonimkan.
TUJUAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
11.4 Data peribadi yang kami kumpul dan gunakan untuk tujuan-tujuan Penyelidikan & Pembangunan, lihat Seksyen 5.1-5.3, disimpan selama 5 tahun. Selepasnya mereka akan dipadam atau dianonimkan.

12. HAK ANDA

Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. Anda boleh menarik balik apa-apa persetujuan yang anda berikan kepada kami pada bila-bila masa. App kami menyediakan cara yang mudah untuk melakukannya.
Anda juga mempunyai satu atau lebih daripada hak berikut:
  • Anda berhak untuk menerima maklumat tentang bagaimana kami memproses data peribadi anda serta untuk menerima salinan data yang kami simpan tentang anda (artikel 15 GDPR).
  • Anda berhak untuk meminta kami membetulkan apa-apa maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat yang kami simpan tentang anda (artikel 16 GDPR).
  • Anda berhak untuk meminta kami memadam data anda jika tiada alasan yang baik bagi kami untuk menyimpannya lagi. Setakat yang kami perlu menyimpan data anda, contohnya untuk kami mematuhi kewajipan undang-undang kami atau supaya keperluan undang-undang diwujudkan, dilaksanakan atau dibela, kami tidak dikehendaki untuk memadam data peribadi anda (artikel 17 GDPR).
  • Anda mungkin berhak untuk meminta kami menyekat pemprosesan data peribadi anda. Ini membolehkan anda meminta kami menggantung pemprosesan kami, contohnya jika anda ingin kami menetapkan ketepatannya atau alasan bagi memprosesnya (artikel 18 GDPR).
  • Anda mungkin berhak untuk menerima data peribadi yang anda berikan kepada kami dalam format yang tersusun, umum, dan boleh dibaca mesin (“kemudahalihan data”) dan berhak untuk mempunyai data ini dipindah kepada orang lain yang bertanggungjawab (pengawal) jika keperluan di artikel 20 (1) GDPR atau undang-undang lain yang terpakai wujud.
Jika anda percaya bahawa pemprosesan data peribadi anda melanggar undang-undang perlindungan data, anda juga berhak di bawah artikel 77 GDPR untuk mengadu kepada pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data pilihan anda. Ini juga termasuk pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data yang bertanggungjawab terhadap kami:
Pihak Berkuasa Penyeliaan Perlindungan Data yang bertanggungawab bagi WS Audiology Denmark  A/S:
Datatilsynet
Carl Jacobsens Vej 35
2500 Valby
Denmark
Telefon +45 33 19 32 00
dt@datatilsynet.dk
Pihak Berkuasa Penyeliaan Perlindungan Data yang bertanggungawab bagi Sivantos GmbH:
Bayerisches Landesamt für Datenschutzaufsicht
Promenade 18
91522 Ansbach
Germany
Telefon: +49 (0) 981 180093-0
Telefax: +49 (0) 981 180093-800
E-mel: poststelle@lda.bayern.de
Pihak Berkuasa Penyeliaan Perlindungan Data yang bertanggungawab bagi Sivantos Pte. Ltd.:
Personal Data Protection Commission
10 Pasir Panjang Road
#03-01 Mapletree Business City
Singapore 117438
Telefon: +65 6377 3131
Telefax: +65 65773888
Laman web: https://www.pdpc.gov.sg/

PEMASTAUTIN INDIA

Bagi rungutan yang berkaitan dengan Prinsipal Data di India, anda mempunyai hak untuk mendapatkan penyelesaian rungutan dengan WSA berhubung dengan apa-apa tindakan atau kecuaian, pelaksanaan obligasi atau pelaksanaan hak di bawah undang-undang terpakai. Bagi hak anda, anda boleh menghubungi DPO kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai pemprosesan maklumat peribadi anda, lihat Seksyen 3 dalam Notis Privasi. Kami berusaha untuk menangani semua permintaan sedemikian dengan cara yang tepat pada masanya dan dalam tempoh 30 hari.
Apabila anda menghabiskan penyelesaian rungutan dengan WSA, anda berhak untuk memulakan aduan dengan Lembaga Perlindungan Data India (Data Protection Board of India) mengikut undang-undang terpakai.

PEMASTAUTIN KANADA

Jika maklumat peribadi anda dikumpulkan di Kanada, sila ambil perhatian terhadap aspek tambahan berikut mengenai bagaimana kami memproses maklumat peribadi anda:
Bagi hak anda, termasuk yang berkaitan dengan akses, pembetulan, dan pemadaman, anda boleh menghubungi DPO kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai pemprosesan maklumat peribadi anda, lihat Seksyen 3 dalam Notis Privasi. Kami berusaha untuk menangani semua permintaan sedemikian dengan cara yang tepat pada masanya. Jika anda berada di provinsi Quebec, kami mesti membalas kepada permintaan anda bagi akses atau pembetulan dengan serta-merta dan tidak lebih daripada 30 hari selepas permintaan anda diterima. Jika anda tidak berpuas hati dengan maklum balas kami, atau anda ingin membuat aduan rasmi, anda boleh sentiasa menghubungi Office of the Privacy Commissioner of Canada di 1-800-282-1376 (bebas tol) atau melalui pos biasa: Office of the Privacy Commissioner of Canada, 30 Victoria Street, Gatineau, QC K1A 1H3. Anda juga boleh menghubungi Office of the Privacy Commissioner di provinsi British Columbia dan Alberta atau Commission d’accàs à l’information di provinsi Quebec, sebagaimana berkenaan.

PEMASTAUTIN AMERIKA SYARIKAT

Seksyen ini memberi pendedahan tambahan yang hanya terpakai kepada pemastautin Amerika Syarikat.
Data Peribadi Yang Kami Kumpulkan.  Seksyen 4-6 Notis Privasi memperihalkan kategori data peribadi yang kami kumpulkan daripada pengguna dalam tempoh dua belas (12) bulan yang lepas. Pemastautin California, sila ambil perhatian bahawa ini termasuk jenis “maklumat peribadi” berikut yang diperihalkan di bawah undang-undang California:
  • Pengenal pasti dan maklumat peribadi yang dikenal pasti dalam Consumer Records Statute California, termasuk alamat IP, pengenal pasti dalaman yang unik;
  • Maklumat komersial, seperti alat bantu dengar dan perkhidmatan yang anda beli, perolehi, atau pertimbangkan;
  • Audio, elektronik, visual, atau maklumat yang serupa, seperti ujian pendengaran dan perubahan kepada alat bantu dengar anda yang dibuat melalui App kami;
  • Maklumat peribadi sensitif, seperti data berkaitan dengan kesihatan yang diperihalkan di bawah, dan kandungan komunikasi tertentu dengan pihak ketiga yang mungkin anda libatkan melalui App kami;
  • Data geolokasi – anda boleh mengaktifkan App kami untuk mengumpul lokasi anda (jika anda berbuat demikian, sila ambil perhatian bahawa ia hanya digunakan untuk memadankan alat bantu dengar anda dan anda boleh menyahaktifkan pemadanan tersebut pada bila-bila masa dalam tetapan peranti anda;
  • Maklumat aktiviti Internet atau rangkaian elektronik yang lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sejarah pelayaran, sejarah carian, dan maklumat mengenai interaksi anda dengan App kami.
  • Inferens yang dibuat daripada maklumat yang disenaraikan di atas.
Jika anda tinggal di negeri yang telah meluluskan statut privasi data kesihatan, sila ambil perhatian data peribadi yang kami kumpulkan mungkin mengandungai jenis data kesihatan pengguna berikut:
  • Keadaan kesihatan, rawatan dan diagnosis, termasuk mana-mana yang berkaitan dengan kehilangan pendengaran atau gangguan pendengaran;
  • Intervensi perubatan, seperti mana-mana yang berkaitan dengan alat bantu dengar;
  • Prosedur berkaitan dengan kesihatan;
  • Fungsi pendengaran, tanda vital, simptom, atau langkah bagi mana-mana yang disebutkan di atas;
  • Diagnosis atau ujian diagnostik atau rawatan.
10.2. Sumber Data Peribadi.  Kami mendapat data peribadi yang diperihalkan dalam Notis Privasi ini (a) terus daripada anda, (b) dari alat bantu dengar anda dan interaksi anda dengan App kami, (c) daripada pihak ketiga, termasuk Profesional Perawatan Pendengaran, sistem dan platform operasi.
10.3. Penggunaan Data Peribadi.  Seksyen 4-6 dalam Notis Privasi memperihalkan tujuan perniagaan dan komersial yang mana kami mengumpul data peribadi dan bagaimana kami menggunakan data peribadi.
10.4. Pendedahan Data Peribadi; Tiada Pengiklanan Sasaran.  Seksyen 4-6 dalam Notis Privasi memperihalkan kategori pihak ketiga (pemproses) yang mana kami berkongsi maklumat peribadi. Sila ambil perhatian:
  • Semua data peribadi mungkin akan didedahkan untuk tujuan perniagaan: Kami mendedahkan semua atau sebahagian besar data peribadi yang diperihalkan dalam Notis Privasi ini dengan kategori pihak ketiga yang dikenal pasti dalam Notis Privasi ini untuk tujuan perniagaan kami.
  • Tiada “jualan” data peribadi atau pengiklanan sasaran. Kami tidak “menjual” data peribadi seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang privasi Amerika Syarikat. Kami juga tidak berkongsi data peribadi untuk pengiklanan sasaran. Kami juga tidak membenarkan pihak ketiga menyasarkan iklan kepada anda apabila menggunakan App berdasarkan aktiviti anda dari masa ke masa dan merentasi pelbagai laman web Internet atau perkhidmatan atas talian.
10.5. Hak Privasi Anda.  Anda boleh melaksanakan hak yang disenaraikan di Seksyen 12 dalam Notis Privasi. Untuk melaksanakan hak anda, anda boleh menghubungi kami seperti yang berikut:
Pemastautin negeri Amerika Syarikat tertentu boleh memilih untuk melaksanakan hak mereka sendiri, atau mempunyai ejen yang diberi kuasa untuk mengemukakan permintaan bagi pihak mereka. Jika anda menggunakan ejen yang diberi kuasa, kami mungkin akan mengesahkan identiti anda, identiti ejen anda, kuasa ejen anda untuk bertindak bagi pihak anda, atau apa-apa perkara lain yang dibenarkan oleh undang-undang.
Di negeri Amerika Syarikat tertentu, anda mungkin berhak untuk merayu terhadap maklum balas kami kepada permintaan tentang hak anda. Jika demikian, kami akan memaklumkan kepada anda di dalam maklum balas kami kepada permintaan anda tentang bagaimana melaksanakan hak anda untuk merayu.